Tadi pergi jumpa abang AH. Tentang pinjaman itu rupanya dia terlah membayar selama 5 tahun. Kemudian dia dapat arahan daripada orang atasan bahawa dia tidak perlu mambayar lagi. Jadi dia akurlah. Tup tup tup dapat surat dari lawyer. Camna ni? Anyway dia akan hubungi lawyer yang terkini untuk menjelaskan keadaan. Alhamdulillah aku sangat-sangatlah bersyukur benda ni akan settle.
Lama jugalah kami duduk bercerita. Tentang business, tentang keluarga. Aku yang dengarnya terasa sedih jugalah. Dia sudah pun berumur 63 tahun tapi masih perlu bekerja untuk menyara diri. Alhamdulillah dia masih sihat dan masih mampu berkerja. Bagi aku dugaan yang dia hadapi agak berat lagi hebat. Siapa sangka ya. Kalau jadi pada aku entah lah macamana aku dapat bertahan. Allah swt itu Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui. Apa-apa pun aku doakan semoga dia & isteri diberikan kesihatan dan dirahmati sentiasa. Itu sahajalah yang dapat aku buat pada masa ni.
Kadangkala kita dengar dari satu sudut pandangan sahaja. Adalah lebih baik menilai dari beberapa sudut yang berbeza. Dan mendengar pendapat dari orang-orang yang berbeza. Mungkin kita dapat kefahaman yang lebih jelas dan lebih luas.
Oh ya. Sebenarnya pertemuan itu juga memberikan aku jawapan yang aku cari-cari buat beberapa hari ini. Aku sedari aku cuma manusia biasa yang mempunyai perasaan dan kehendak hidup. Cuma aku harapkan keputusan yang aku buat ini tidak melukakan mana-mana pihak. Mungkin ianya adalah yang terbaik buat semua Insyallah. Moga Allah swt memberikan aku jalan dan laluan agar ianya dipermudahkan. Amin.
No comments:
Post a Comment