Pagi-pagi lagi aku dikejutkan dengan panggilan dari sis Nur. Aku kena balik kampung dan panggil doktor untuk tenggokkan abang K. Kemalangan yang meragut kehidupan abang K dan meninggalkan tiub VP-Shan di kepalanya kembali di perkatakan. Aku singgah di rumah emak untuk menengok sendiri kesan-kesan peninggalan sejarah 10 tahun dulu. Memang betul tiub dikepala sudah menjerkah keluar. Mungkin sudah telalu lama ianya disitu. Masa untuk mengantikan yang lama dengan yang baru.
Jadi seperti kebiasaan kami akan memanggil Dr Tan untuk datang ke rumah. Aku ke klinik Dr Tan untuk meminta dia datang kerumah. Pada mulanya Dr Tan menyuruh aja aku menolak masuk tiub itu ke tempat asal. Aku katakan padanya aku tak berani dan berharap dia dapat membantu. Mujur dia sudi. Cuma dia tak berapa pasti pukul berapa dia akan dapat ke rumah emak.
Selepas berjumpa Dr Tan, aku singgah ke klinik kesihatan bandar Ratu. Lalu bertanya pada nurse yang bertugas bagaimana nak mendapatkan khidmat doktor untuk melawat abang K di rumah. Aku diminta tunggu sementara dia berjumpa dengan Dr pakar. Rupanya ada Dr pakar disana setiap hari Selasa dan Khamis. Lalu aku dapat temujanji pada hari Selasa minggu hadapan.
Hari ini agak sibuk sedikit sebab kena ke KL dengan Mr Don untuk meeting dengan Miss She. Betolak pukul 12 tengahari untuk meeting pukul 2pm. Alhamdulillah sempat. Lepas meeting balik Seremban dan terus talipon Dr Tan. Dr Tan kata kena bawa Abang K pergi hospital. Dia tak dapat buat apa-apa. Kalau boleh dielakkan aku tak mahu bawa abang K ke hospital. Bukan apa, tentu dia tak selesa. Kalau gi GH lagilah. Dengan waktu menunggu yang lama selalunya dia akan menjerit untuk balik kerumah.
Aku kena fikirkan bagaimana nak bawa abang K kehospital dan doktor mana yang dapat merawat dia dalam masa yang singkat supaya dia terus dapat rawatan. Moga Allah swt memudahkan proses ini. Lalu aku minta abang AL menolong aku mencari calon yang sesuai. Akhirnya dia bagi aku satu nombor untuk Doktor MI di KPJ. Malang sekali klinik dah tutup. Jadi aku kena cuba keesokkan hari.
Moga Allah swt memberikan aku kekuatan untuk tugasan ini.